Wednesday 22 April 2009

Lama Betul Tak Update.....

Masyaallah, lama betul tak update blog ni. Tak apa, nanti Diva akan update dengan gambar-gambar dan citer-citer terkini. Nanti yer.... tunggu......

Monday 23 February 2009

Handbag Lagi!





Diva suka sgt dengan beg Longchamp ni, so me! Bape harga dia yek? Nak kena gi siasat ni, sesapa la plak yang boleh dapatkan dengan harga murah yek?

Thursday 5 February 2009

Gerhana Matahari

Lamanya tak update blog ni. Al-maklum le, cuti panjang buat apa ke lagi.... balik kampung la! CNY hari tu Diva balik kampung Diva kat Perak. Seronok giler sebab lama dah tak balik. Last sekali jumpa famili Diva rasanya masa raya hari tu la. Well, menariknya yang Diva nak share di sini ialah masa Diva on the way nak balik KL ari tu it so happened the awan looked so beautiful and different. Like the storm was coming but there's not even a single drop of rain. Hari and time nyer sama dengan hari gerhana matahari hari tu. Since bukan Diva yang drive, apa lagi.... keluarkan kamera and snap.. snap... foto awan la. Layan......

Nak tau apa yang terjadi kat awan tadi lepas gerhana habih dalam pukul 6 lebih tu.....


Super clear kan the awan. Kuasa Allah s.w.t........

Friday 30 January 2009

Jom Tengok Wayang! Ada Cerita Action Best.......

Uolls dah tengok movie kat bawah ni ker? Bagi peminat trilogi citer ni, confirm akan tengok nyer and kalo belum, pegi le tengok. Komen Diva lak, citer ni best and tidak membosankan.


Bagi yang belum pernah ikuti citer sebelum-sebelum ni, meh Diva citer serba sedikit.

Citer dia berkisar kepada 3 puak; humans (yang ditindas), Lycans (werewolf yang juga ditindas dan bangkit menentang vampires) dan Vampires (yang menguasai dan yang suka menindas Lycans & humans). Well, from the two previous movies, berkisar tentang war between the Lycans and the Vampires. Masing-masing berebut nak membunuh each other and nak jadi dominant species di atas muka bumi. So dah paham le sesikit kan.

Jadi part 3 lak actually menceritakan citer tentang bagaimana Lycans and Vampires mula-mula bergaduh. In short, the beginning of their wars. Victor (the Vampires' Lord) telah membela anak Lycans bernama Lucians sampai le besar. Dia train la si Lucians ni sampai pandai bermain senjata so that boleh jadik dia nyer army and ikut telunjuk dia la konon. From Lucians nyer blood plak, dia create army of his own Lycans yang turut boleh menjadi kuli, army and ikut telunjuk dia. Untuk mengelakkan dia orang ni daripada bertukar menjadi werewolf, dia pakaikan sumer Lycans ni sejenis rantai di leher termasuk la si Lucians. Nak jadik cerita, Victor ni ada la anak dara, nama Sonja yang dalam senyap bercinta dengan Lucians. Lucians ni ada plan nak lepaskan diri, so dia pon buat la his own key untuk bukak rantai leher dia tu (ingat, si Lucians ni kan tukang besi). Dia berjaya dan tolong lepaskan geng-geng yang lain. So they all larik ke hutan, join the freed Lycans yang lain untuk menentang Victor. Biler Victor dapat tahu yang Sonja bercinta dengan Lucians, dan sedang mengandungkan anak Lucians, apa lagik... mengamuk la! Bila Lucians datang nak selamatkan Sonja, mereka tertangkap, dijatuhkan hukuman..... iaitu..... Sonja di bunuh di depan Lucians! Meanwhile, Lucians lak dipukul. Ha, masa ni la Lucians mengamuk, bertukar menjadi werewolf and escaped for the second time. Dia dan geng-geng Lycans yang lain started the war and won! Sumer vampires mati termasuk la Victor.... ye ke Victor mati???? Bagi yang dah tengok Underworld and Underworld Evoloution sebelum ni mesti tahu jawapannya......

Thursday 29 January 2009

Yahudi & Arab, Apa Kata Mereka!






Ini adalah di antara statement mereka terhadap bangsa Yahudi dan Arab. Ada yang mengutuk dan ada yang memuji bangsa Yahudi serta Arab. Uolls pikirkan lah yang mana baik dan yang mana buruknya. Jadikan sebagai iktibar dan kita perlu sedar dari terus-terusan mengagung-agungkan mereka ni uolls. Ni baru sikit je, ramai lagik di kalangan mereka ni penyokong kuat Yahudi. Contoh si Adam Sandler tu, every dollar that we spent for watching 'Bedtime Story' would be donated to Jewish Army. Masyaallah! Uolls pikirlah sendiri.....

Wednesday 28 January 2009

Pelik Tapi Benar!

Pelik! Itu le yang terjadi kat Diva. Bila Diva bukak blog ari ni, background je yang Diva nampak. Isi kandungannya entah ke mana. Tapi bila Diva suruh kawan Diva bukak kat PC dia, ada appear sumer isi kandungannya. Itu le yang benar uolls! Ada sesapa ubah setting Diva nyer PC ke lak?!! Sakit nyer hati kalo ye.

Tuesday 20 January 2009

Tote Gucci La Plak!

Uoll tau ke sesapa yang boleh sponsor Diva tote Gucci kat atas ni? Lawa tu, very girlish. Tak sabar nak gi butik dia, nak tengok and pegang-pegang secara lebih dekat lagik. Hmmmm.... bape agak nyer $$$$ dia yer?

Monday 19 January 2009

Jejalan Kat Pavillion

Semalam Diva pergi Pavillion dengan kawan Diva masa sesama belajar kat Uni dulu. Well, Diva sebenarnya nak cari barang untuk si Dia sempena Valentine ni. Alah, saja suka-suka la. Time ni la nak buat romantik sikit, belikan barang untuk si Dia. Bukan la hari-hari lain tak boleh belikan, boleh. Cuma time-time gini rasa terlebih romantik dari hari biasa. Dah jumpa dah barang yang nak bagi tu, boxer Superman gitu. Comel sungguh, ada lambang Superman kat sebelah depan! Tak sabar nak tengok si Dia pakai..... he... he... he

Diva punya kaler kelabu!

Dah sampai kat Pavillion tu tak sah kalau tak hop into designer boutiques. Masuk la dari satu ke satu butik (bukan nak beli pon, saja tengok-tengok harga). Masuk la butik Marc by Marc Jacobs ni, tengok la handbags yang Diva target nak beli tahun 2009. Diva decided nak batalkan aje niat tu. Sebabnya, dia nyer beg dah le mahal, dah tu bukannya leather pon. Cume adalah 2 or 3 je yang full leather. Kalo full leather bayar mahal ok gak.... tak gitu?! So, kita orang teruskan perjalanan.

Kawan Diva siap shopping kat Mac beli alat make-up, beli baju kat Envee, beli sunglasses Emporio Armani, etc. Dekat RM1,000.00 gak la dia berabih. Dah penat, kita orang lepaskan penat kat The Loaf. Sedap betul dia punya bun and U Hu Hu cupcakes made of cheese with variety of flavours. The cutest cupcakes and yummy indeed! Layan la ye gambar-gambar dia nyer bun kat sini http://www.theloaf.net/. Daripada korang minum coffee kat Starbucks ke, Coffee Bean ke, lebih baik minum kat The Loaf. Support Dr. M and some more the buns are really good!!!

Friday 16 January 2009

Marc By Marc Jacobs

Handbags by Marc Jacobs, in particular the collections from MARC that are in my wish list this year. Hu..hu... kena kumpul duit ni. Layanz.....

BFF Diva

Uolls mesti ada BFF kan? BFF tu haper? BFF tu singkatan Best Friend Forever! Diva pon ada sorang, dah lama kita orang baik, since dari uni dulu. Mau la dekat berbelas tahun dah. Famili dia pon boleh kata kenal Diva. And famili Diva pon bila mention nama dia, mesti kenal nyer. Ni nak citer sikit pasal dia. Seronok kawan dgn dia ni. Bukan nyer nape, penakut dah le satu hal, beauty concious pon boleh tahan, lepas tu cepat gabra lak. Kalo marah tu cepat je nak ambil tindakan.... bukan nyer nak pikir dulu. Kalo kita orang ada rahsia kerajaan, mesti la cepat-cepat turn to each other nak mengumpat and bergossip... he... he... best! Bila susah pon, boleh diharap la BFF Diva ni. Dia ada satu cita-cita, nak jadik penulis kata nya. Well, Diva galakkan. Tapi apa yang Diva tau, semangat dia ni kejap je berkobar-kobar nyer. Bila suruh buat blog sendiri, tulis la haper dia nak, dah malas la plak. Entah la, Diva berazam tahun ni nak paksa dia menulis. Dah fed-up dah nak dengar cita-cita dia yang tak kesampaian ni since dari zaman belajar lagik. Siap ko, aku paksa ko tulis dalam blog ko hari-hari. Mana tahu satu hari kot-kot ada editor mana-mana majalah baca ko nyer blog, dia jemput ko jadik dia nyer writer, ha tak berbunga hati ko tu!

Thursday 15 January 2009

Meh Membaca!

Uolls suka membaca macam Diva dak? Kena paksa sikit diri tu uolls supaya banyak membaca, tambah ilmu di dada dan luas pandangan. Tak kisah le, majalah ke, buku citer ke, pamplets ke, buku agama ke, etc. Macam Diva ni suka kan novel omputeh. Novel Melayu ni bukan Diva tak suka baca atau Diva nie dah lupa asal usul ke, cume citer Melayu ni asyik-asyik citer cinta, keluarga porak-peranda, berebut harta, etc. Dalam erti kata lain, alah dah boleh predict la citer macamana. Melainkan citer by Sharifah Abu Salem and Norhayati Ibrahim Diva suka la baca. Bab baca buku citer omputeh lak, Diva ada la beberapa authors kegemaran such as John Saul, Stephen King, Dean Koontz, John Grisham, Barbara Taylor Bradford, Johanna Lindsey, Barbara Cartland and Michael Crichton. Yang paling Diva suka among them all is John Saul. Boleh kata almost complete la dia nyer buku citer sumer Diva beli. Meh kita tengok the collections.

Diva nak tambah citer-citer nie je lagik, meaning citer-citer dia yang Diva blum baca la.

Ini la hasil titik peluh Diva kumpul dari zaman kat uni dulu sampai la sekarang. Ada yang beli first hand dan ada yang beli daripada uncle second hand book store kat Central Market. Uolls pernah pegi sana dak? Pegi le, memang banyak buku citer dia. Mau tenggelam di tengah lautan buku, chewah! Cita-cita Diva, bila ada rumah sendiri nanti nak buat sudut mini library untuk sumer collection buku-buku Diva. Memang Diva giler, giler hape uolls ............ giler membaca!!!

Thursday 8 January 2009

Maut Ko!

Ha, terkejut ko dengan tajuk ni? Diva marah and maki sesapa ke plak ni? Takde lah, Diva tengah dok pikir samada nak tengok ke idak citer Tayangan Unggul yang baru ni, tajuk nyer MAUT. Ada tiga citer dalam satu movie. Pelakon-pelakon dia sumer nampak cam best je. Jalan citer nyer plak menginsafkan.... katanya. Sesama uoll baca sinopsis oleh blog Sensasi Selebriti ni,

Cerita 1:

'Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah? '

Cerita 2:

'Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan? '

Cerita 3:

'JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya? '

So sekarang ni Diva tengah pikir 10 kali samada nak tengok ke idak citer ni? Bukannya naper, alah selalunyer citer Melayu ni selalunya indah khabar dari rupa. Macam citer Cicakman I & II, terlampau lebih dia nyer CGI sampai tak realistik jadiknya. Dah le tu, story line dia punya la merepek. Bebudak suka la, tapi not with Diva. Uoll bayangkan yang Diva boleh tengok 1/2 jam yang memula je, lepas tu Diva boleh hentam tido! Buat rugi duit tiket wayang. Jangan Pandang Belakang plak, seram sangat ke????????? Ntah la, Diva dengan the Love One boleh gelak-gelak lagik dalam panggung tu. Hantu dia punya la serabai, setakat mata merah itu ke yang dikatakan seram? Merayap-rayap atas lantai tu lak cilok idea citer hantu Jepun, aduih ntah le. Nasib baik tak masukkan bunyi tulang hantu berkeriuk masa merayap tu. Hmmmm.....


Wednesday 7 January 2009

Lagi Kontroversi, Lagi Best Nak Ambil Tahu!

Diva ni giler kontroversi! Kalau benda-benda yang kena ban tu lagi la Diva suka. Diva ni kan giler tengok movie so filem-filem kontroversi dan yang kena ban ni Diva memang nak tengok sangat dari tahun ke tahun. Uoll tau mana-mana sumber yang boleh Diva dapatkan copy citer-citer ni?
1) Dukun

Frust giler la citer ni kena ban at the last minute. Dah lama siap tau, tahun 2007 tak silap. Sumer orang tau yang filem ni berdasarkan citer Mona Fandey dan demi menjaga hati keluarga dia, Finas decided filem ni tak boleh ditayangkan. So uoll cari le sumber-sumber lain untuk tengok citer ni. Mana tahu, ntah-ntah dah ada kat YouTube. Yang pasti, orang kata Umi Aida punya lakonan yang terbaik so far.

2) Bukak Api

Citer ni dibuat untuk kesedaran sumer tentang HIV dan perjalanan hidup kaum transeksual. Filem mengisahkan Kak Su seorang 'mamasan' yang mengusahakan bengkel jahitan menjaga kumpulan kecil pekerja seksual yang rata-ratanya terdiri dari mereka yang transeksual. Kita didedahkan punca mereka menjadi pekerja seksual dan cabaran serta bahaya yang mereka hadapi. Mula-mulanya dia orang buat version filem, tapi telah ditukar ke versi drama sebab kena ban kan. So, vcd-vcd pon sebenarnya dah banyak jual kat luar tu tapi Diva je yang tak pernah terserempak. Nanti Diva nak cuba cari dalam YouTube je.

3) Comolot


Ni plak citer pasal biseksual bernama Danial yang akan berkahwin dengan Juwita tapi at the same time bercinta dengan Aiman (pasangan gay dia lah). Walaupun Juwita dah pernah tangkap Danial dengan Aiman berdua-duaan kat rumah Danial, tapi dia maafkan dan berkahwin dengan Danial. So, masa hari wedding dia orang si Aiman ni datang dan apa yang terjadi seterusnya tu yang Diva nak tahu sesangat. Filem ni pon kena ban. Diva akan cari sumber-sumber yang ada citer ni.

Jadik, moral of the story here is walaupun kebanyakan citer di atas dan lain-lain filem yang kena ban seperti filem Yasmin Ahmad, mestilah ditonton with open mind dan diambil mana-mana pengajaran yang boleh dibuat pedoman. Mana-mana yang tidak baik dan ditegah oleh agama mestilah dibuang jauh-jauh. Masing-masing dah boleh berfikir yang mana baik dan buruk, so masalah menjadi ikutan tu pandai-pandailah memasing punya diri. Tapi bagi golongan bawah umur tu, Diva rasa lebih baik ditonton bersama orang dewasa or dapat permission daripada dia orang dulu. Apa agaknya filem kontroversi tahun 2009 ye?

Tuesday 6 January 2009

Yey! Kiter Ada Bebarang Converse Baru Tau.

Semalam kan Diva kata nak gi shopping kat Converse, ini le hasil nyer. Sakit hati cumer satu, voucher yang Diva dapat tu hanya boleh tukar dan kena shopping kat Converse Sunway Pyramid je. Dah le tu, collection kat dalam butik tu punye la sikit. So, kita orang spent time ada la dekat dua jam dalam butik tu je. After dua jam dapat le Diva beli t-shirt dua helai, cargo pants sehelai, toileteries bag satu, stokin dua pasang and pouch handphone satu. Kos sumer nyer RM406.30 (meaning Diva kena top-up RM6.30 je). Kan best kalo dapat voucher barangan elektrik ke, shopping voucher kat Metrojaya ke, Aussino ke........ tp alhamdulillah gak.... saper nak bagi shopping free RM400.00!!!! Lepas penat shopping (kononnya... hik... hik...) kita orang gi makan kat restoran nasik ayam yang famous ni kat dalam Marrakesh Sunway Pyramid. Alah korang sure tahu la nama restoran nasik ayam kat bawah ni.

Ni nak citer pasal Marrakesh kat Sunway Pyramid sikit. Diva dah lama tak gi sana, tekejut jugak biler masuk satu laluan ni yang connect Old Wing dengan New Wing. Area tu kita panggil Marrakesh. Wah, lawa giler area tu. Kat area tu ada kedai-kedai baju, barang-barang perhiasan, restoran-restoran, spa, etc. Harga barang-barang kat situ pun not that bad. Ha layan le gambar-gambar yang tak seberapa ni. Gambar dedolu ni quite kosong area tu, tp sekarang dah banyak kedai dah.




Semalam jumpa satu butik ni kat situ, baju dia nyer la lelawa and the price not that mahal actually. So, satu ari nanti (dalam waktu yang terdekat sebenarnya... he... he...) Diva nak pegi sana. Jom!

Monday 5 January 2009

Shopping Spree Petang Ni!

Diva rasa semua orang kenal lah sesangat dengan logo di atas ni. Lebih-lebih lagi golongan remaja. Well, Diva nak bagik tahu yang petang ni Diva nak pegi shopping bebarang yang bersesuaian dengan umur Diva la kan, ada ke? Nape shopping kat butik tu ye, sebabnya...... Diva dapat voucher free worth RM400! Banyak tu... hmmmm.... ape nak bli ye? :)

Friday 2 January 2009

Ya Allah, Dah Tahun 2009 Rupanya!!!!!!!

Comel tak Diva, comel kan? Gebu gitu. Aduih, dah masuk tahun 2009. Takut bukannya sebab haper, umur dah bertambah lagik ni. Dah dekat nak masuk kategori 'tua'. Tak nak celoteh panjang sebab Diva banyak keje lain nak buat. Nanti Diva tulis bebanyak kay. In the meantime, Diva nak wish SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009. Moga cita-cita Diva tahun ni tercapai. Cita-cita yang paling utama, tak nak boros berbelanja! Boleh ke tu, ada handbag baru lagik ni dalam senarai checklist tahun ni?! Camno tu?