Wednesday 22 April 2009

Lama Betul Tak Update.....

Masyaallah, lama betul tak update blog ni. Tak apa, nanti Diva akan update dengan gambar-gambar dan citer-citer terkini. Nanti yer.... tunggu......

Monday 23 February 2009

Handbag Lagi!





Diva suka sgt dengan beg Longchamp ni, so me! Bape harga dia yek? Nak kena gi siasat ni, sesapa la plak yang boleh dapatkan dengan harga murah yek?

Thursday 5 February 2009

Gerhana Matahari

Lamanya tak update blog ni. Al-maklum le, cuti panjang buat apa ke lagi.... balik kampung la! CNY hari tu Diva balik kampung Diva kat Perak. Seronok giler sebab lama dah tak balik. Last sekali jumpa famili Diva rasanya masa raya hari tu la. Well, menariknya yang Diva nak share di sini ialah masa Diva on the way nak balik KL ari tu it so happened the awan looked so beautiful and different. Like the storm was coming but there's not even a single drop of rain. Hari and time nyer sama dengan hari gerhana matahari hari tu. Since bukan Diva yang drive, apa lagi.... keluarkan kamera and snap.. snap... foto awan la. Layan......

Nak tau apa yang terjadi kat awan tadi lepas gerhana habih dalam pukul 6 lebih tu.....


Super clear kan the awan. Kuasa Allah s.w.t........

Friday 30 January 2009

Jom Tengok Wayang! Ada Cerita Action Best.......

Uolls dah tengok movie kat bawah ni ker? Bagi peminat trilogi citer ni, confirm akan tengok nyer and kalo belum, pegi le tengok. Komen Diva lak, citer ni best and tidak membosankan.


Bagi yang belum pernah ikuti citer sebelum-sebelum ni, meh Diva citer serba sedikit.

Citer dia berkisar kepada 3 puak; humans (yang ditindas), Lycans (werewolf yang juga ditindas dan bangkit menentang vampires) dan Vampires (yang menguasai dan yang suka menindas Lycans & humans). Well, from the two previous movies, berkisar tentang war between the Lycans and the Vampires. Masing-masing berebut nak membunuh each other and nak jadi dominant species di atas muka bumi. So dah paham le sesikit kan.

Jadi part 3 lak actually menceritakan citer tentang bagaimana Lycans and Vampires mula-mula bergaduh. In short, the beginning of their wars. Victor (the Vampires' Lord) telah membela anak Lycans bernama Lucians sampai le besar. Dia train la si Lucians ni sampai pandai bermain senjata so that boleh jadik dia nyer army and ikut telunjuk dia la konon. From Lucians nyer blood plak, dia create army of his own Lycans yang turut boleh menjadi kuli, army and ikut telunjuk dia. Untuk mengelakkan dia orang ni daripada bertukar menjadi werewolf, dia pakaikan sumer Lycans ni sejenis rantai di leher termasuk la si Lucians. Nak jadik cerita, Victor ni ada la anak dara, nama Sonja yang dalam senyap bercinta dengan Lucians. Lucians ni ada plan nak lepaskan diri, so dia pon buat la his own key untuk bukak rantai leher dia tu (ingat, si Lucians ni kan tukang besi). Dia berjaya dan tolong lepaskan geng-geng yang lain. So they all larik ke hutan, join the freed Lycans yang lain untuk menentang Victor. Biler Victor dapat tahu yang Sonja bercinta dengan Lucians, dan sedang mengandungkan anak Lucians, apa lagik... mengamuk la! Bila Lucians datang nak selamatkan Sonja, mereka tertangkap, dijatuhkan hukuman..... iaitu..... Sonja di bunuh di depan Lucians! Meanwhile, Lucians lak dipukul. Ha, masa ni la Lucians mengamuk, bertukar menjadi werewolf and escaped for the second time. Dia dan geng-geng Lycans yang lain started the war and won! Sumer vampires mati termasuk la Victor.... ye ke Victor mati???? Bagi yang dah tengok Underworld and Underworld Evoloution sebelum ni mesti tahu jawapannya......

Thursday 29 January 2009

Yahudi & Arab, Apa Kata Mereka!






Ini adalah di antara statement mereka terhadap bangsa Yahudi dan Arab. Ada yang mengutuk dan ada yang memuji bangsa Yahudi serta Arab. Uolls pikirkan lah yang mana baik dan yang mana buruknya. Jadikan sebagai iktibar dan kita perlu sedar dari terus-terusan mengagung-agungkan mereka ni uolls. Ni baru sikit je, ramai lagik di kalangan mereka ni penyokong kuat Yahudi. Contoh si Adam Sandler tu, every dollar that we spent for watching 'Bedtime Story' would be donated to Jewish Army. Masyaallah! Uolls pikirlah sendiri.....

Wednesday 28 January 2009

Pelik Tapi Benar!

Pelik! Itu le yang terjadi kat Diva. Bila Diva bukak blog ari ni, background je yang Diva nampak. Isi kandungannya entah ke mana. Tapi bila Diva suruh kawan Diva bukak kat PC dia, ada appear sumer isi kandungannya. Itu le yang benar uolls! Ada sesapa ubah setting Diva nyer PC ke lak?!! Sakit nyer hati kalo ye.

Tuesday 20 January 2009

Tote Gucci La Plak!

Uoll tau ke sesapa yang boleh sponsor Diva tote Gucci kat atas ni? Lawa tu, very girlish. Tak sabar nak gi butik dia, nak tengok and pegang-pegang secara lebih dekat lagik. Hmmmm.... bape agak nyer $$$$ dia yer?