Thursday, 8 January 2009

Maut Ko!

Ha, terkejut ko dengan tajuk ni? Diva marah and maki sesapa ke plak ni? Takde lah, Diva tengah dok pikir samada nak tengok ke idak citer Tayangan Unggul yang baru ni, tajuk nyer MAUT. Ada tiga citer dalam satu movie. Pelakon-pelakon dia sumer nampak cam best je. Jalan citer nyer plak menginsafkan.... katanya. Sesama uoll baca sinopsis oleh blog Sensasi Selebriti ni,

Cerita 1:

'Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah? '

Cerita 2:

'Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan? '

Cerita 3:

'JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya? '

So sekarang ni Diva tengah pikir 10 kali samada nak tengok ke idak citer ni? Bukannya naper, alah selalunyer citer Melayu ni selalunya indah khabar dari rupa. Macam citer Cicakman I & II, terlampau lebih dia nyer CGI sampai tak realistik jadiknya. Dah le tu, story line dia punya la merepek. Bebudak suka la, tapi not with Diva. Uoll bayangkan yang Diva boleh tengok 1/2 jam yang memula je, lepas tu Diva boleh hentam tido! Buat rugi duit tiket wayang. Jangan Pandang Belakang plak, seram sangat ke????????? Ntah la, Diva dengan the Love One boleh gelak-gelak lagik dalam panggung tu. Hantu dia punya la serabai, setakat mata merah itu ke yang dikatakan seram? Merayap-rayap atas lantai tu lak cilok idea citer hantu Jepun, aduih ntah le. Nasib baik tak masukkan bunyi tulang hantu berkeriuk masa merayap tu. Hmmmm.....


No comments:

Post a Comment